Friday, 30 August 2013

Aku di sini, Mereka di sana

assalamualaikum.

ya! Aku masih di sini, walau Mereka jauh di sana.
Hanya DOA yang mampu kuhulurkan buat mereka yg kucintai.

Ya Mujib, Kau berikanlah mereka kesihatan yg baik, kesihatan tubuh badan dan kesihatan iman..
Ya Mumit, janganlah Kau matikan kami, kecuali di dalam iman..kurniakanlah kpd kami, kesudahan yang baik.

Ya Muttaqim, hentikanlah penderitaan nendaku. Jika kematian itu adalah lebih baik untuknya, Kau ambillah nyawanya, Ya Rabb! Jika sebaliknya, Kau sihatkanlah dirinya. Redhakanlah diriku, Ya Rahman.


notakaki: Jangan lupa saudara2 seakidah kita yg tertindas di seluruh duniaaa

Friday, 9 August 2013

sedihhhh

assalamualaikum.

tahun ni, raya ni, raya yg palinggg sedihhh sepanjang aku hidup 22 tahun ++ ni =(
ooppss! ni bkan sedih sbb homesick ok.
kbai.

Saturday, 27 July 2013

Umat Perlukan Kita!

Assalamualaikum.


Diri ini xberkesampatan untuk mengikuti perkembangan di Mesir sejak pagi tadi. 
Allahhh! Ampunkan aku kerana leka dengan dunia, memandang enteng isu umat ini, selfish! 


Tapi, Alhamdulillah, pagi tadi aku diberi peluang untuk menjadi a part of program pasal isu umat ni, "Ummah Is Calling", terima kasih Allah! Namun Ya Rabb, aku merayu agar kami yg berada di sana tadi, mendapat kefahaman yang sebenarnya tentang isu ini, dan dapat mempraktikkannya istiqomahly secara berterusan. In Sha Allah!

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara..."                                                                                                        49:50
Haa..rasa tak diri tu orang beriman?? Tepuk dada, tanya iman. Kalau masih tak sedar-sedar lagi, tepuk dada tu kuat sikit!
"Orang2 mukmin itu ibarat satu tubuh, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuhnya ikut merasakan sakit demam dan tidak dapat tidur."                                                                                                                   (HR Muslim)
Kalau kita faham apa yang hadis riwayat Muslim di atas cakap, mesti kita rasa sakitnya apabila saudara kita di Syria Mesir Palestin Rohingya Thailand dan lain2 dibunuh, diseksa ditindas! Kalaulah kita TAK rasa apa2 bila mereka ditindas, sila lempang diri kuat2 check balik hati kita,iman kita. 

Macam2 kan yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka. Menderma, boikot, sebarkan kepada orang lain apa yang kita faham, and paling2 pon, doa. Yes! D.O.A. doakn senjata orang mukmin =) Pasal boikot tu, memang la bukan senang, tapi kan yg susah tu la yang ganjaran lebih In Sha Allah. Sedih sangat tengok satu video tadi. Kat dunia ni, hanya lebih kurang 6% je orang Islam yang boikot2 ni. Malu la weh! Kau kata kau orang beriman, orang Islam, saudara mereka, tapiii sanggup 'membunuh' mereka?? Apa hujah kita nak bagi kat Allah di akhirat kelak, bila Allah tanya, apa yg dah kita buat untuk saudara2 kita di sana??

Harapnya, coretan ini dapatlah menjadi peringatan pada mereka2 yang membaca dan kepada diri ini sendiri terutamanya.
 
notakaki: tadi tgok2 FB "Akhukum Abdul Malik" tentang latest info sal Mesir. Allah! Musnahkanlah Al-Sisi! Berikanlah mujahidin kekuatan n kemenangan! Kagum tengok mereka rilex je semayang tho ade tembak2 depan dorg T_T
 
    

Thursday, 20 September 2012

Tak Bertajuk

Assalamualaikum.

Andai ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir jantung ini berdegup..
Andai ditakdirkan pagi esok mata ini tak mampu lagi dicelikkan..
Andai ditakdirkan esok malaikat maut menjalankan tugasnya terhadap diri ini..

adakah kematianku akan ditangisi?
atauu..
ia hanya akan DISYUKURI..

kupohon seribu kemaafan atas kekhilafan diri ini..

Tuesday, 11 September 2012

Wednesday, 5 September 2012

Syahadatulhaq [SH] -part 1

Assalamualaikum.

Amaran: ini post serious. tp baca lam senyuman ye =)

syahadah. al-haq.
2 perkataan. ye,hanya 2. tp membawa makna yg berat
syahadah = penyaksian
al-haq     = kebenaran

ayuh, kita lihat apa tu SH sebenarnya!
pertama2nya, SH ni adalah teks ucapan Abu 'Ala Al-Maududi, seorang ulama' yg berasal dari India. kalo nk tau sal beliau, sila wat research sndri ye ;-) Maududi nak betulkan tanggapan masyarakat yg anggap tanggungjawab we, as a MUSLIM hanyalah menyempurnakan rukun islam n iman. kan selalu je kita dengar, bila seseorang tu baru balik haji, dia akn ckp cmni; "haa..da abis da la tanggungjawab aku sbg org Islam..lepaih ni bole la relax2 sikit.." no!! no!!! that is totally wrong kayss! kita2 ni ada tanggungjawab yang jauhhhhh lebih besarrr *sila buka mata besar2*

emmm, SH ni basically adalah tafsiran beliau terhadap ayat 2:143
 "dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu....."
 mari kita summarise kan ayat di ats dlm bentuk diagram ye rakan2 =)

sebelum apa2, mari kita clearkan dulu apa 'peranan' saksi ye sume =)
boleh sy simpulkan 2 peranan saksi ye; iaitu sbg orang yg menyaksikan n org yg memberi/menyampaikan keterangan. contohnya, saksi 1 kes pembunuhan. saksi tersebut mestilah org yg berada di kawasan kejadian semasa pembunuhan tu berlaku n dia mestilah/haruslah/wajiblah melihat kejadian tersebut,kan? n kalo kat mahkamah, saksi tersebutlah yg akn memberi keterangan..betul x? betul x? baik angguk kepala sekarang! ok, da clear da kan sume peranan saksi tu? so, yuk kita 'menyelami' diagram di atas k. let's go bebeyh!

emm..cmne nk ckp ea. sy try ea. ok. Allah memberi/menurunkan/menyampaikan Al-Haq ataupun kebenaran (Islam) kepada rasul kita, Muhammad s.a.w. Rasul telah menyaksikan kebenaran tersebut n menyampaikannya kpd sahabat2nya n dpt kpd kita la kan. Kita telah menyaksikan(percaya/faham) kebenaran tersebut. n secara automatiknya, adalah menjadi tanggungjawab kita utk memenuhi/menjalankan peranan kita sebagai saksi iaitu menyampaikannya kepada org2 lain...erk. faham x?

emm..tugas menyampaikan ni bukan hanya untuk mereka2 yg bergelar ustaz/ustazah..bukan juga hanya tergalas di bahu students lepasan uni. Al-Azhar, etc. tapi, once kita dah melafazkan 'ikrar' kita, iaitu lafaz syahadatain tu. kita wajib melaksanakan syahadatul haq. penyaksian kepada kebenaran.

sebelum sy habiskan part 1 ni, sy nk petik kata2 Maududi (lebih krg la ayt dia);
"selagi mana jahiliyyah dan kekufuran masih ada kat atas muka bumi ni, selagi tulah kita akan menanggung dosa2 tersebut juga..." 
erk. rasa macam tertelan buah dadu sat.

to be continued...

notakaki: part 2 akn cuba diusahakan secepat mungkin. maaf, xdpt nk ringkaskan in 1 post je. susah kot nk buahkn jd ayat =_= moga bermanfaat.